Khamis, 14 Mei 2015

Peppermint, tumbuhan semulajadi yang paling Aneh & Berahsia

Mengapa peppermint? Mungkin anda akan bertanya demikian..

Peppermint merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai aroma yang sangat sangat luar biasa. Daun Mint selalunya terkenal dengan manfaat sebagai penyegar mulut dan mencegah nafas berbau. Ternyata, khasiat daun dengan bauannya yang khas itu tidak hanya untuk mulut sahaja. Malahan, peppermint masih menyimpan sejuta manfaat, khususnya untuk kesihatan kulit wajah. Kandungan menthol di dalamnya mempunyai pelbagai kebaikan untuk kulit wajah anda. Ini antara khasiat daun peppermint yang harus anda semua tahu !! Antaranya :-

1.       Merawat wajah berminyak
Peppermint telah digunakan sejak puluhan tahun lagi dalam mengatasi masalah kulit berminyak. Mentol dalam peppermint dapat mengurangkan produksi minyak dari kelenjar sebaceous yang boleh membuatkan kulit wajah anda bebas dari minyak secara semulajadi.

2.       Anti inflamasi
Jika anda sedang mengalami beberapa jenis iritasi kulit, ada baiknya anda menggunakan daun peppermint untuk mengatasinya. Peppermint bersifat anti-inflamasi atau anti peradangan sehingga dapat menyembuhkan iritasi pada kulit. Selain dapat melembutkan kulit anda, Pepper mint juga membantu menghilangkan kegatalan pada kulit dan akan hilang dalam tempoh yang singkat. Untuk hasil terbaik, anda boleh campurkan daun peppermint dengan madu. Madu memiliki sifat antioksida dan antibakteri yang baik untuk kulit yang teriritasi. 

3.       Ubat  jerawat yang terbaik
Bagi anda yang menderita masalah jerawat, ternyata peppermint dapat membantu untuk menyembuhkan masalah tersebut. Vitamin A yang terkandung dalam peppermint akan menghalang  produksi minyak dalam kulit yang menjadi penyebab utama munculnya jerawat
Caranya, campur jus peppermint dengan air mawar lalu terapkan pada wajah anda. Biarkan selama 20 minit , kemudian cuci wajah anda sehingga bersih. Dengan melakukan tips ini secara rutin, jerawat anda akan beransur hilang.
  
4.       Pelindung sinar matahari (Sun Block)
Peppermint mengandungi banyak vitamin A dan C. Selain itu, peppermint juga mengandungi folat dan Omega-3 asam lemak yang baik untuk merawat kulit wajah. Kesannya yang  sejuk  dapat membantu mengatasi masalah kulit seperti luka terbakar  atau akibat terbakar  sinaran matahari. 

5.       Mengatasi kaki kasar dan pecah-pecah
Memiliki kulit kaki yang kasar dan pecah-pecah tentu akan membuat kita malu dan tidak selesa. Nah, jika anda juga mengalami hal sedemikian, seeloknya anda menggunakan peppermint untuk mengatasinya.
Caranya, sediakan bekas yang sudah diisi rebusan peppermint, lalu biarkan sampai suam. Setelah itu, rendam kaki anda ke dalamnya selama beberapa menit. Selain dapat melembutkan tumit anda yang kasar dan pecah-pecah, tips ini juga akan memberikan kesan aroma terapi yang hebat serta dapat membuat anda lebih rileks. 


NAH ITULAH HEBAT NYA PEPPERMINT..

Itu tadi adalah manfaat peppermint untuk kulit. Justeru itu, tak mustahil jika peppermint telah digunakan sebagai rawatan wajah secara komersial. Sabun Muka Herba Lazeeda Beauty @ Lazeeda Beauty Soap telah menerokai Khasiat tumbuhan ini dan telah menjadikan ia sebagai formulasi paling mujarab dan berkesan yang anda semua harus ketahui. Anda tidak perlu lagi lumatkan daun peppermint dan tampalkan pada wajah lagi. Kini, semuanya ada didalam Lazeeda Beauty Soap.


Tempah sekarang, hubungi 017-349 9467 untuk keterangan lebih lanjut 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan